Landscaping
Landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan
menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan
elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.
Lanskap
membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai
dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan
sebagainya. Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan
buatan secara harmoni.
Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.
Pendek
kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah
satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang
istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal.
Kerja lanskap
memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap
konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan,
menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.
Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.
Landskap lembut - yang hanya melibatkan elemen pokok-pokok dan bungaan sahaja
Landskap keras - yang melibatkan binaan tambahan seperti struktur
tiang, dinding, lantai, kekotak konkrit, binaan pondok yang digabung
bersama landskap lembut, iaitu gabungan pokok dan binaan keras.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai landskap, sila klik link di bawah:
1.Jenis jenis lanskap
2.Landscaping definition
3.Elemen-elemen utama lanskap
4.lanskapkejur (hardlandscape)
5.lanskap lembut (softlandscape)
6.Lanskap definisi
No comments:
Post a Comment