Kaedah pengukuran standard itu akan menyediakan kedudukan seimbang untuk semua orang memandangkan ia menetapkan perincian standard kerja dan pemahaman bersama dalam kalangan penggiat industri ke atas projek yang akan dilaksanakan. Ia juga akan mengelak keraguan dan percanggahan, mengurangkan pertikaian dan keseluruhan item akan menjadi lebih jelas.

Kaedah baru itu berperanan mengurangkan kos pe-laksanaan projek kejuruteraan awam, menerusi pemakaian amalan terbaik dalam penyediaan senarai kuantiti (BQ) yang sekali gus meningkatkan daya saing dan harga kerja kejuruteraan awam yang konsisten.

Standard tinggi MyCESMM juga akan meningkatkan profesionalisme dan memperbaiki kos pengurusan, membolehkan syarikat tempatan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik pada kos pengurusan yang kompetitif berbanding syarikat serantau. Ia juga akan mewujudkan persekitaran yang membolehkan penggiat industri melaksanakan amalan terbaik memandangkan MyCESMM dibangunkan menyamai standard dunia.