Penyediaan Dokumen Tender
Dokumen
Tender ialah satu naskah tawaran yang dikeluarkan oleh pihak klien
apabila ia berhasrat untuk melaksanakan sesuatu projek. Pihak kontraktor
yang berminat untuk menyertai projek tersebut perlu mengisi dan
melengkapkan dokumen tender dan memulangkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Untuk menyediakan dokumen
tender, perkara-perkara berikut perlu dimasukkan dalam dokumen tersebut
bagi memudahkan pihak kontraktor untuk melihat, menyemak keperluan,
meneliti dan seterusnya untuk mengisinya.
Antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan tersebut ialah:
a) Kenyataan Tawaran
b) Arahan Kepada Petender @ Instructions To Tenderers
c) Borang Tender @ Form Of Tender
d) Surat Setujuterima Tender @ Letter Of Acceptance (L.A)
e) Syarat-Syarat Kontrak @ Conditions Of Contract (C.O.C)
f) Speksifikasi
g) Preamble
h) Senarai Kuantiti @ Bill Of Quantity (BQ)
i) Latar Belakang Petender
j) Pelan-pelan
Perkara-perkara yang telah
dinyatakan di atas adalah dokumen-dokumen yang perlu dimasukkan di dalam
penyediaan sesuatu dokumen tender. Walaubagaimanapun, agensi-agensi
atau jabatan kerajaan boleh mengubahsuaikan mengikut kesesuaian tempat
masing-masing.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Penyediaan Dokumen Tender, sila klik link di bawah;
No comments:
Post a Comment