Pages

Sunday, 7 September 2014

Jurukur Bahan : Menyediakan Kajian Kemungkinan (Feasibility Study)

Kajian kemungkinan (Feasibility study)
Kajian Kemungkinan merupakan peringkat yang kedua dijalankan oleh kumpulan
perekabentuk selepas peringkat insepsi, iaitu tercetusnya idea untuk 
melaksanakan sesuatu projek oleh klien atau pelanggan.  Kajian kemungkinan ini 
dijalankan sebelum sesuatu projek di peringkat Pra-Kontrak.

Antara kajian yang perlu dijalankan ialah.

i. Kajian sosial untuk menentukan untung rugi.
ii. Kajian penyiasatan tanah.
iii. Laporan perlu di buat berdasarkan laporan yang sedia ada serta kajian-kajian baru yang
     telah dijalankan

TUJUAN KAJIAN KEMUNGKINAN
Pada peringkat ini, pihak-pihak yangn terlibat akan menyediakan satu penilaian yang tepat 
berkenaan kos yang akan terlibat bagi melaksanakan projek ini.  Misalnya pada peringkat ini,
anggaran kos projek adalah dijalankan oleh seorang Juru Ukur Bahan yang dilantik.  
Anggaran kos projek dibuat oleh Juru Ukur Bahan bagi menentukan sam ada projekitu 
boleh diteruskan ataupun tidak. Antara kos-kos yang terlibat termasuk;aj Demolition Work, 
Building Work, Kerja-kerja Elektrikal dan Mekanikal, Yuran pihak perunding yang terlibat.  
Kesemua ini mesti dipersetujui oleh pihak-pihak perunding.

Sekiranya selepas Kajian Kemungkinan yang dijalankan ini mendapati inya tidak 
menguntungkan bagi pihak klien jika projek ini masih diteruskan, maka ahli-ahli ikhtisas atau
perekabentuk akan mengambil keputusan menasihati dengn memberi cadangan agar projek 
tersebut tidak diteruskan kerana ianya tidak menguntungkan ataupun tidak sesuai 
dilaksanakan bagi pihak klien.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai kajian kemungkinan, sila kila link di bawah:
1. Kajian Kemungkinan
2. Feasibility study definition 
3. Komponen Kajian Kemungkinan 

No comments:

Post a Comment