Pages

Sunday 7 September 2014

Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM)


Sejarah Penubuhan

Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) atau juga dikenali sebagai Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) adalah satu badan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen yang dengan nama Registration of Quantity Surveyor Act 1967 (yang juga dikenali sebagai Quantity Surveyor Act 1967).

Tanggungjawab lembaga ini ialah :

a. Menguruskan pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta badan korporat yang mengamalkan praktis perkhidmatan  ukur bahan.
b. Menggubal undang-undang profesion Juruukur Bahan di Malaysia.

Matlamat yang ingin dicapai oleh lembaga ini ialah untuk melindungi kepentingan awam terhadap amalan tidak beretika dan salah laku Juruukur Bahan dalam memberi perkhidmatan Juruukur Bahan.

LJBM dikenali sebagai Lembaga Juruukur di mana ianya di bawah Akta Pendaftaran Juruukur 1967 sebelum tahun 1982. Tanggungjawab lembaga ini ialah menggubal undang-undang terhadap profesion Juruukur Bahan dan Penilai (Valuers).

Pada tahun 1989, perubahan telah dibuat kepada Akta Juruukur Bahan menjadi Peraturan Juruukur Bahan (1995) yang bertujuan untuk menambahkan kuasa penyediaan peraturan mengenai profesion Juruukur Bahan.

Hanya Juruukur Bahan yang mempunyai kelayakan bersesuaian diterima berdaftar dengan Lembaga untuk memberikan perkhidmatan Juruukur Bahan untuk mengelakkan salah laku dan amalan praktis bagi melindungi kepentingan awam. Ia juga akan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima mengenai Juruukur Bahan berdaftar yang melanggar kod profesional sebagai Juruukur Bahan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Peraturan Juruukur Bahan,merujuk kepada Seksyen 26 Akta Juruukur Bahan 1967.

Dengan adanya Lembaga ini,pandangan awam mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Juruukur Bahan di Malaysia memuaskan dan melindungi kepentingan awam serta profesion Juruukur Bahan sendiri.



Laman Rasmi Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM)

Di laman rasmi Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) ia menyediakan satu gerbang sehenti kepada semua bentuk maklumat juruukur bahan, perlesenan, bantuan dan banyak lagi - disediakan khas untuk ahli, profesional dan juga orang awam. Berikut adalah link Laman Rasmi Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM).

Link di bawah adalah maklumat yang berkaitan dengan (BQSM),
1. BQSM
2. Fungsi BQSM
3. BQSM sebagai organisasi yang mengawal selia kerjaya jurukur bahan
4. Sejarah BQSM

No comments:

Post a Comment