Sejarah Penubuhan
Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) atau juga dikenali sebagai Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) adalah satu badan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen
yang dengan nama Registration of Quantity Surveyor Act 1967 (yang juga
dikenali sebagai Quantity Surveyor Act 1967).
Tanggungjawab lembaga ini
ialah :
a. Menguruskan pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta badan korporat yang mengamalkan praktis perkhidmatan ukur bahan.
b. Menggubal undang-undang profesion Juruukur Bahan di Malaysia.
Matlamat
yang ingin dicapai oleh lembaga ini ialah untuk melindungi kepentingan
awam terhadap amalan tidak beretika dan salah laku Juruukur Bahan dalam
memberi perkhidmatan Juruukur Bahan.
LJBM dikenali sebagai
Lembaga Juruukur di mana ianya di bawah Akta Pendaftaran Juruukur 1967
sebelum tahun 1982. Tanggungjawab lembaga ini ialah menggubal
undang-undang terhadap profesion Juruukur Bahan dan Penilai (Valuers).
Pada
tahun 1989, perubahan telah dibuat kepada Akta Juruukur Bahan menjadi
Peraturan Juruukur Bahan (1995) yang bertujuan untuk menambahkan kuasa
penyediaan peraturan mengenai profesion Juruukur Bahan.
Hanya
Juruukur Bahan yang mempunyai kelayakan bersesuaian diterima berdaftar
dengan Lembaga untuk memberikan perkhidmatan Juruukur Bahan untuk
mengelakkan salah laku dan amalan praktis bagi melindungi kepentingan
awam. Ia juga akan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima
mengenai Juruukur Bahan berdaftar yang melanggar kod profesional sebagai
Juruukur Bahan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Peraturan
Juruukur Bahan,merujuk kepada Seksyen 26 Akta Juruukur Bahan 1967.
Dengan
adanya Lembaga ini,pandangan awam mengenai perkhidmatan yang disediakan
oleh Juruukur Bahan di Malaysia memuaskan dan melindungi kepentingan
awam serta profesion Juruukur Bahan sendiri.
Laman Rasmi Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM)
Di laman rasmi Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) ia menyediakan satu gerbang sehenti kepada semua bentuk maklumat juruukur bahan,
perlesenan, bantuan dan banyak lagi - disediakan khas untuk ahli,
profesional dan juga orang awam. Berikut adalah link
Laman Rasmi Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM).
Link di bawah adalah maklumat yang berkaitan dengan (BQSM),
1.
BQSM
2.
Fungsi BQSM
3.
BQSM sebagai organisasi yang mengawal selia kerjaya jurukur bahan
4.
Sejarah BQSM