Di
Malaysia, terdapat pelbagai pusat pengajian tinggi (IPTA) yang
menawarkan kursus jurusan ukur bahan bermula daripada peringkat sijil
sehinggalah ke peringkat ijazah pertama. Antara pusat pengajian tinggi
yang menawarkan jurusan ukur bahan ini adalah seperti Politeknik,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti
Sains Malaysia (USM) dan Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR).
Di bawah adalah senarai pusat pengajian tinggi awam yang menawarkan kursus tersebut;
Di dalam blog ini, akan mencatatkan serba ringkas tentang peranan dan tanggungjawab seorang Juruukur Bahan.
Seorang Juruukur Bahan atau Quantity Sueveyor berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk menasihati pihak klien dari segi peranangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak. Tugas seorang Juruukur Bahan adalah bermula dari proses Kajian Kemungkinan atau Feasibility Studies sehinggalah penyediaan Akaun Muktamad.
Juruukur Bahan merupakan orang yang paling penting dalam memastikan
setiap kerja dilakukan besesuaian dengan spesifikasi yang telah
ditetapkan dengan menggunakan kos yang telah diberikan ataupun kurang
daripada kos yang diberikan.
Tugas juruukur bahan adalah seperti berikut:-
a) Memberi nasihat di peringkat perancangan mengenai kos yang terlibat dalam pembangunan yang dicadangkan.
b) Menyediakan kajian untuk menyelidik sama ada rancangan pembangunan itu akan atau merugikan.
c)
Bekerjasama dengan kumpulan pereka bentuk bagi menentukan setiap elemen
bangunan yang dicadangkan itu berpadanan dengan peruntukan kewangan.
d) Menyediakan akaun penamat bagi sesebuah projek binaan.
Keterangan di atas merupakan sebahagian daripada tugas yang perlu dilakukan oleh seorang jurukur bahan. Di sini disertakan link tentang peranan dan tanggungjawab seorang Juruukur Bahan dengan lebih dalam lagi ;
Ukur
Bahan atau Quantity Surverying adalah salah satu bidang yang penting di
dalam industri pembinaan. Ia adalah berdiri sebaris dengan
profesional-profesional lain seperti Arkitek, Jurutera Awam, Mekanikal
dan Elektrikal. Walaupun kurang menonjol, tetapi Juruukr Bahan berperanan penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Juruukur Bahan terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Juruukur Bahan, boleh klik link ini maksud quantity surveyor atau quantity surveyor.